RAMA RAMA DIHATI FIFYJAMMIEASBIM

katakan 10 "JANGAN' dalam perhubungan cinta

salam reader fify yang comel2 yang hensem kacak yang sedang tersengeh dan menanti-nanti entry fify yg ni..hakhak oke , kali ni fify nak jadi doktor L O V E ! wah ulang lagi sekali LOVE ! gheee ade la ilmu sikit2 nak share kat reader ni huh yang sedang hangat bercinta :) dalam perhubungan kita selalu impikan kebahgiaan kan ? kejujuran . . kesempurnaan ehhh tiada yang sempurna la sayang2 ku sekalian dalam dunia semuanya sama :) yang bezanya usaha . hehhe ok sekarang fify nak share 10 "JANGAN" dalam perhubungan :) jom layannnn~~~~

oke sebelum tu fify nak cakap..elakkan diri dari melakukan sesuatu yang boleh merenggangkan rasa cinta korang pada si DIA :) jom !

JANGAN membandingkan si dia dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.
Jangan sesekali cuba membandingkan si dia dengan orang lain..terutamanya dengan bekas kekasih korang yang LAMA tu... Mungkin dia tidaklah sehebat yang ‘LAMA’, disebabkan perbandingan ini akan membuatkan dirinya merasa rendah diri dan tercabar. Jadi, terimalah si dia seadanya kerana dia mungkin mempunyai kelebihannya tersendiri.sekiranya korang amalkan ni tolonglah buang sikit2 supaya hubungan korang hingga ke akhir hayat :)

JANGAN sesekali berbohong ataupun menyimpan rahsia
Sifat jujur amat dititikberatkan dalam sesuatu perhubungan.jadi korang...jangan sesekali cuba berbohong atau berahsia dengan pasangan korang dalam apa hal sekalipun walau sekecil kuman sekalipon..jujur lah pada si dia..kerana dia berhak tahu... Jika sekali korang berbohong, kepercayaan antara satu sama lain akan pudar. Sikap curiga pula akan menghantui diri dan memburukkan perhubungan korang. Maka, amalkan sikap terbuka dan berterus-terang sesama korang. Ingat, “Honest hearts produce honest actions.” dan selalu berfikiran terbuka dan positif.


JANGAN lupa hari penting dalam hidupnya.
Jangan jadikan sikap pelupa dan tidak endah korang dalam mengingati hari-hari istimewa si dia memudarkan rencah perhubungan korang weyh. Rasanya tidak susah untuk korang mengingati setiap tarikh-tarikh penting itu..ala macam tarikh kapel ke anniversary ke ? Hanya bulatkan di kalendar atau membuar ‘reminder’ di handphone korang, kan? Mungkin ramai lelaki yang tidak ambil tahu pon hal2 macam ni..namun sekadar sekeping kad ucapan atau kiriman bunga pasti menguntum senyum di bibirnya..pasti hubungan bertambah mesra :)


JANGAN memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran.
Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan korang, tidak salah jika salah sorang dari korang beralah. Selesaikan ketidaksefahaman ini dengan tenang dari hati ke hati. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini agar perhubungan tidak tergugat.bak kata lecturer fify jangan jadi "minyak" ketika si dia menjadi "API" kerana ia akan menyebabkan api akan membarak terbakar . heheh :)

JANGAN cuba untuk mengongkong atau menyimpan perasaan cemburu .
Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Siapa kata ‘cemburu’ tidak perlu, tetapi biarlah berpada! Usahlah terlampau cemburu sehingga mengongkong dirinya yang akan membuatkan si dia sakit hati dan bosan.jangan la sampai mengongkong aktiviti dirinya yang paling penting dalam HATI percaya insyaallah semuanya akan baik2 je :))

JANGAN berpura-pura tidak mempercayainya ataupun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu
Usahlah keterlaluan dalam menguji cintanya terhadap dirikorang... Tak salah jika anda ingin menguji kesetiaannya atau kedalaman cintanya terhadap korang, namun sikap ini mungkin memakan diri. Si dia mungkin sukar menerima jika korang langsung tidak mempercayai dirinya,contoh mengujinya dengan mengggunakan number telefon sahabat korang konon2 nak tengok dia layan ke tak . haishhh sah2 tak layan sebab dia syg korang !

JANGAN menunjukkan perasaan bosan dengan apa yang dilakukan
Cuba tunjukkan sedikit kamu terhadap apa yang dilakukan oleh pasangan korang walaupun ada bosan. Ini merupakan tanda sokongan anda terhadap minat atau hobinya. Contohnya, si dia suka merupakan seorang ‘kaki bola’. Apa kata , anda cuba meluangkan masa menemaninya menonton perlawanan bola sepak di TV atau di stadium. Pasti si dia amat menghargainya dan sesambil itu boleh ‘menayang’ korang yang cute/hensem ni kat kawan-kawan dia , kan? hehehhe


JANGAN lakukan perkara yang sama setiap kali keluar ‘berdating’
Cuba lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama. Jika asyik keluar makan dan menonton wayang sahaja, lambat-laun akan terbit perasaan jemu pula. Try to search for new and unusual things to do. Contohnya, bermain bowling, menaiki ‘roller-coaster’ ataupun berkelah. korang juga boleh membuat aktiviti berkumpulan yang mana mungkin akan lebih menyeronokkan, bukan? ataupun keluar dengan kawan2 secara beramai2 kan seronok happening beb !


JANGAN melontarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya.
“The tongue is more to be feared than the sword”. Wah!! haha anda perlu berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang anda lafazkan. Cuba kawal diri anda sesama bertengkar dengannya. Jangan menghina dirinya dengan ayat yang boleh menyinggung hati dan perasaannya. Bak kata pepatah lama, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!” haha nak marah sekali pon jangan berkasar sebaliknya jadi lah selembut2 insan :)


JANGAN menjatuhkan air mukanya.
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya. Mungkin anda tidak sengaja atau sekadar mahu bergurau, tetapi pastikan gurauan anda kena pada tempatnya. . Kadang-kala, kita akan merasa lebih terluka jika dimalukan oleh orang yang tersayang...iye korang memang niat bergurau tapi pasangan korang ingat korang nak malukan dan mengaibkan air muka nya..so wacthout ok ketika bergurau :))


so elakkan 10 JANGAN ni oke ? dan fify doakan hubungan korang dirahmati dan hingga ke akhir hayat aminnn :)))

please like if u want

6 comments:

^mRs MatAHarIEy^ said...

heheheh.. suker2.. mcm dlm majalah remaja.. :)

Fifyjammieasbim said...

miss matahari : gheee tapi fify tak kopipes yer ^_^ gheee olah sendiri ^_^ hehehe btw thnx yer darling..

farasakura said...

nice one ! thumbs up XD

fLy_AwAy said...

yang paling penting,jangan pernah sepak lelaju kekasih anda. haha ! :P

Fifyjammieasbim said...

farasakura : huyoo ! thumps up jugak la :) maceh dear

fly_away : hahha ohh itu tidak sama sekali :P

Anonymous said...

wah fify..ada bakat jadi doc cinta ni...:)